Selamat datang! Maaf pembinaan laman web ini sedang diteruskan. Usaha yang giat sedang dijalankan untuk mengembangkan laman web ini. Diharapkan para pengujung tidak mengabaikan laman web ini kerana banyak lagi pembaruan akan diwujudkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

1939 - 1968

1939
Lok Yuk Secondary School ditubuhkan oleh Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu (Signal Hill) dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pengetua: Pastor Lee Wok Syn.

1942
Semasa pendudukan Jepun (Perang Dunia Kedua), banyak bilik darjah rosak. Sekolah Menengah Lok Yuk terpaksa ditutup.

1947
'The Central Church Council, Gereja Basel Malaysia' membuat keputusan untuk menubuhkan semula tiga buah sekolah menengah tiap satu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat.

1948
Pada bulan September, kerja-kerja pembaikpulih bangunan sekolah yang masih ada telah dilakukan oleh pihak Gereja.

1949
Sekolah dibuka semula dengan bantuan kewangan dan tenaga pengajar daripada American Lutheran Mission. Pada akhir tahun 1949, rumah guru dan sebuah blok sekolah telah dibina oleh Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu dan American Lutheran Mission.

1953
Jumlah pelajar telah bertambah. Satu lagi blok bilik darjah dibina dengan kos sebanyak RM 22,000.00

1954
Pada 22 April 1954, telah diadakan Majlis Pembukaan Blok Baru Sekolah Menengah Lok Yuk sempena ulang tahun ke-50 Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu.
Pengetua: Encik Lee Chun Min

1955
Pengetua: Encik I.M Vallentine

1960
Pada awal tahun 1960, Gereja Basel Kota Kinabalu telah membuat rancangan untuk menaiktarafkan bangunan sekolah. Derma untuk tabung bangunan sekolah telah diperoleh dari ahli-ahli Gereja.

1962
Bermula daripada tahun ini, pembayaran gaji guru adalah melalui peruntukan daripada Jabatan Pendidikan Sabah.

1963
Pengetua: Pastor Donald E. Nelson

1964
Sebidang tanah di Teluk Likas seluas 12.2 ekar (kawasan sekolah sekarang) telah digerankan kepada pihak sekolah oleh kerajaan. Pelan telah dibuat untuk memindahkan sekolah dari Bukit Bendera ke kawasan Likas. Selain daripada derma yang diberi oleh pihak Gereja, kerajaan Sabah dan American Lutheran Mission juga memberi peruntukan untuk membina bangunan baru sekolah. Sejak tahun 1939 hingga 1964, sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada tahun ini, satu kelas Peralihan dimulakan dengan pengambilan pelajar-pelajar dari sekolah rendah Cina. Sehingga 1966, sekolah rendah dan sekolah menengah adalah dibawah pentadbiran yang sama dan guru besar yang sama.

1966
Peringkat pertama Projek Bangunan Sekolah di Teluk Likas telah pun siap dalam bulan Ogos 1966, dengan 9 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah makmal fizik, pejabat dan bilik guru dengan kos sebanyak RM 310,000.00. Bangunan baru ini mula digunakan dalam penggal ketiga persekolahan 1966 (Blok A). Dengan ini, Sekolah Menengah Lok Yuk dipindahkan dari Bukit Bendera ke kawasan ini. Kelas Tingkatan 4 dimulakan.
Pengetua: Encik James M. Peterson

1967
Peringkat kedua Projek Bangunan Sekolah telah dimulakan dengan dibina tiga buah bilik darjah, sebuah makmal biologi, sebuah makmal kimia dan sebuah bilik lukisan (Blok B). Kelas Tingkatan 5 dimulakan. Terdapat aliran Sains dan Sastera untuk Tingkatan 4 dan 5.
Bilangan pelajar: 340 orang
Bilangan Kelas: 12 buah
Pengetua: Encik George B. Anderson

1968
Perasmian pembukaan bangunan sekolah yang baru oleh Ketua Menteri Sabah Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun pada 1 Jun 1968.
Pengetua: Pastor Donald E. Nelson