Ekspedisi Jelajah London.
25 December menyaksikan 3 anak Malaysia yang sedang belajar di UK melakukan satu aktiviti yang belum pernah dilakukan oleh orang lain. Mas Afzal, Ikmal dan Abn telah mengadakan ekspedisi berjalan kaki dari Evelyn Gardens (kediaman Mat Lut, Aiman, Dzaki dan budak2 Ic yang lain) ke Kings Cross (tempat tinggal encik ABN). Perjalanan mereka mengambil masa selama 5 jam 45 minit. Mari kita ikuti catatan perjalan mereka yang sejauh lebih kurang 12 batu itu...
catatan XPDC jelajah London
oleh: abn.
Sebenarnya kami tak plan nak buat
xpdc ni. Cuma kebetulan... Pada 24 December lepas, Mas dan Ikmal datang
London. Diorang tumpang bilik aku. Pada malamnya kami gi Evelyn
Gardens, lawat budak2 KMYS yang duduk kat sana. Semasa kat sana
teringat, start kol 12 malam tu, public transport kat London takder
sampai malam esoknya. Kalau nak balik ke bilik aku, kena keluar dari
tempat Mat Lut sebelum kol 11. Kalau tak, tak sempat nak kejar
bas. So alang2 dah ade kat tempat Mat Lut, kitorang pon decide
lepak terus sampai pagi esok, kemudian jalan kaki dari tempat Mat Lut
ke tempat aku. Boleh ronda2 London sekali.
Perjalanan kami bermula lebih
kurang pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 15:20.
Our route was:
Alhamdulillah pada hari itu, cuaca
sangat baik. Langit cerah. Sesuai untuk ambil gambar. Walau
bagaimanapun, suhu agak rendah dan kadangkala angin bertiup kuat.
Kitorang terpaksa pakai gloves untuk menahan kesejukan.
Pada hari tu lah kami dapat tengok
jalan2 di sekitar London lengang gila, termasuk Oxford Street. Siap
boleh ambil gambar kat
tengah jalan lagi. Kalau nak tahu, biasanya kat Oxford Street tu mgg
selalu sesak. Waktu peak hour, Azizul kata jalan kaki lagi cepat dari
naik bas.
Kedai pulak hampir semua yang tutup. Susah betul nak cari kedai yang bukak. Kalau bukak pon kebanyakannya kedai milik non-omputih. Aku tengok satu kedai kebab kat Oxford Street jual chips £1.99! Mahal gile, cekik darah tul. Mentang² lah kedai lain tak bukak. Di Leicester Square, kedai fast food yang bukak adalah Burger King. Penuh gila. Mmg untung lah Burger King masa tu.
Alhamdulillah kami dapat sampai ke hall aku dengan selamat. Takde yang pengsan. Walaupun kami penat tak terkira, but we really enjoy our xpdc. We can cover many tourist attractions. Alhamdulillah...Thank you Allah.
Sila lihat gambar² xpdc kami di http://mrabn.multiply.com/photos






